Asyik cakap omputeh jer, naik tergeliat lidah aku. Okaylah, aku cakap Melayu plak. Senang skit, aku pon tak la cramp jari.
Last 2 weeks aku balik KL,raya umah parents aku lah. Since bas aku bertolak 12am Jumaat (kira dah pagi Sabtu lah), sampai jer umah mak aku, terus aku landing, sedar2 dah pukul 10am Sabtu..huh..aku teringat Abang Zahari (dia nih ex instructor band time aku skolah dulu, dia pon ex band gak) ajak aku pi makan2 umah dia, aku pon pi lah. Umah dia kat blakang UIA jer. aku amik bini aku, trus aku cargas sana. Sampai2 jer nampak Abang Tajuddin tgh melantak spagetthi.Aku pon join sekaki lah. Apa lagik, bila orang2 tua berjumpa, borak cam debat kat Parlimen la. Dia kata, budak2 band ramai kat Facebook, join la. Aku ada dgr pasal benda tuh, tapi biasalah aku, asyik main game jer, mana la ada masa. Balik tuh bini aku createkan account facebook utk aku, pergh, mmg ramai la budak2 batch aku. Tapi yang paling aku nostalgia sekali bila aku jumpa gambar kelas aku, Form 5 Kuning. Satu jer kelas arts kat sekolah aku. So paham2 la, segala samseng2 sumer kat kelas aku. Aku plak time maths jer, tarik bag bantai tido. Cikgu sempoi, jgn bising2 dia nak ngajar sudah. Kalo aku credit Math itu hari, dah jadik Angkasawan dah aku nih haha! Tapi bila tgk gambar Arwah Maez tuh, sayu plak. Sedih siut, arwah meninggal. Kelakar orangnya, dia meninggal eksiden. Tahun depan VICC akan sambut 100 years, so maybe mereka akan tubuhkan Old Boys Band balik. Abang Zahari kata nak pudate aku, so aku tunggu jer la. Tak tau la samaada aku boleh main lagik menatang nih ke tidak:
Hari tuh aku try kat umah Abang Zahari pon pon dah pancit siut, siap sesak napas lagik, Ya Allah lembiknya aku sekarang nih :p Tah la tgk la camner.
Kat opis ari nih busy giler, Lepas satu, satu kerja datang. Sian bini aku, dia nak aku call tapi aku terlampau sibuk. Nasib baik dia paham, I love you yang. Tapi settle jer semua issue backlog KC tuh, insyallah semua okay. Cuma nak update template NXP jer lagik. Lepas tuh okay dah. Susah payah aku stabilkan projek nih. Pergh.
Aku skang nih giler main WIPEOUT HD. Memang layan siut game nih. Dah la buleh custom soundtrack, dia punya resolution 1080i tuh. Giler babeng. Main online mmg syiok. Bayangkan koang bawak hover racing pod pada kelajuan 700 km sejam. Tak giler ke. Tuh bawah tuh screenshot time gameplay tuh.
PSN untuk Malaysia baru jer bukak, so aku dah tukar PSN aku, so sesapa nak add ; XxsnipersnakexX. Antara sebab aku nak jadikkan PSN nih sebagai main account aku sebab
- kalau online, nampak la bendera Malaysia, tak la pakai bendera Temasik, busuk siut! :p
- Sony akan buat market research, bila ramai yang register, dia akan tahu berapa ramai org pakai PS3. Then, barulah ada chance kita punya local gaming scene nak grow. Time tuh, even game studios akan bukak kat sini. So peluang kerja beb, peluang bertukar2 teknologi. Even developer DiRT ngan GrID office depa kat Cyberjaya tak silap aku.
- bila benda dah banyak, murah la skit game.
- tak mustahil Sony akan tempatkan server online kat Malaysia = tak la lag sangat.