Saturday, November 28, 2009
Life goes on
Sekarang nih aku kat Kuantan rumah in laws aku, sempena Hari Raya Eidul Adha. Pergh mmg best, makan tak berhenti-henti. Free flow of red meat, muhahah. Best Giler. Semalam aku ngan wife aku serta mak mertua ngan adik2 ipar aku ke Jengka 24, kampung wife aku. Ziarah anak kembar makcik wife aku. Suka pulak babies kembar tuh ngan aku. Siap tarik2 janggut aku lagik. hahaha.Manja betol. Budak2 la katakan. Bila nak balik tuh, mmg problem giler. Sebab jalan takder line ngan lampu. So mmg mencabar la. Drive laju tapi nampak jalan skit2. Dlm masa2 camni, terima kasih Gran Turismo kerana mengajar aku pemanduan cemerlang sejak tahun 1998. MUahaha. Tapi mmg betul, sebab GT nih racing simulation, bukan arcade racer. So mmg banyak teknik aku elajar dlm game nih. Cuma kene ingatlah, idup nih takder RESET button. Apa2 jadik kalu, sundri mau ingat.
20-22 hb Nov hari tuh, aku pi Sime Darby Team Based Culture camping, read : Kem Bina Semangat. Pergh masuk hutan, masuk sungai, panjat gunung, mmg susah giler. Tido dlm kemah, aduiay, ujan pulak. Mmg lenyo la kasut aku. Aku, paling PANTANG PAKAI BAJU SELUAR KASUT BASAH. Teringat aku masa kerja kat Singapore, pakai pakaian basah pi kerja sebab on the way nak pi kerja, hujan. Subuh2 ujan beb. Koang dok berdengkur lagik, aku dah pi kerja. Nak buat macamnana, rezeki lagu tuh. Redho je lah. Pada aku, janji halal. Dan pengalaman tuh jugak buat aku laku sampai ke tempat sekarang nih. Dlm kem tuh, kami diajar team work etc. Aku mula2 mmg malas giler nak pi, tapi setelah aku pi, aku lebih kenal boss aku Adam, lebih kamcheng la. Senang skit aku nak mintak dia approve apa2..muhahaha. Dia siap hulur tangan masa aku panjat Hamburger Hill (challenge paling susah dalm program tuh) so aku bersemangat. Ada satu kisah, masa aku panjat bukit tuh (curam dia sampai dekat 90 darjah beb) aku terjatuh terjelepok. Masa aku jatuh tertiarap tuh, banyak giler flash kamera kat belakang aku, so aku terpikir, kalau aku mengalah, sure muka aku masuk Sime Darby punya portal, so aku fight ngan diri aku sendiri, aku panjatkan jugak. Org terakhir yang hur tangan kat aku kat puncak boss aku sundri, so mmg best la. Rasa dia ada kat belakang aku. Masa aku sampai, semua org bersorak girang..muhaha.Best best.
Last week, aku bawak team aku pi West Estate kat Careys Island. All sponsored by Sime Darby Plantations Division. First team to be wholly sponsored by client. Banyak giler team lain jealous ngan team aku. Pi mampos la. Team aku kerja keras, so aku ngan Plantations acknowledge that.Kami pergi tgk West Estate, Hatter's Bungalow (rumah pegawai estate), tgk Oil Mill etc. Mmg best ler.So aku kata la kat team aku, kita buat kerja betul2, next year kita pi JB or even better, Indonesia!
PS3 aku trus kaput dah. Tgh kumpul duit la nak beli baru, isk. So meantime, layan PSP jer la. Nak buat camner, ketentuan Illahi. Aku cadang nanti, nak beli Uncharted 2, Eyepet ngan Need for Speed Shift. Beli second hand je la kot. Murah skit. Aku nak hantar wife aku pi amik lesen keter. So boleh la dia pi kerja nanti naik keter. Tak la dia kene panjat dari kaki bukit tuh, dgn anjing liar etc. Lapang skit pikiran aku.
Kang lepas Zohor aku balik KL. Adik ipar aku bawak dari sini sampai tol Bentong. Aku rider dari tol Bentong ke Gombak. Harap2 tak jam. Esok aku kene bawak some of my team members aku kene R&D kat Banting, nak settlekan problem OT utk drivers. Aku malas nak beremail2 nih, kita jumpa face to face senang. 14 sampai 22nd December aku ke Indon, ada roadshow. Uiihh, capek gue..
Subscribe to:
Posts (Atom)