pada sapa yg tak tau, ini adalah doa nabi Yunus semasa dia dlm perut ikan.maksudnya lebih kurang, Tiada Tuhan selain Kau (Allah) maha suci Engkau, sesungguhnya aku dari orang yg zalim. Doa bila kita dalam kesusahan.
dah genap 2 minggu aku kat sini..takder kerja..Ya Allah susahnya nak dapat kerja sekarang...aku pon..rasa mcm nak give up..berbagai tekanan yg aku hadapi..yg aku bengang kat company cam h5bc ngan konvergis (saya aku typokan) mula2 dah mcm interested ngan aku..alih2 tak jadik. sakit betul la. hutang semua delay sebulan. aku ada gak hantar borang ngan resume kat IKIP, UMP,UIA tapi senyap je. entahla, sat lagik aku nak call UIA tgk mcmmana. aku plan, nak amik tutoring sambil buat full time masters kat UIA. Aku admit, aku tak la suka sangat mengajar, tapi time mcm nih, i dont have that option.
hari Isnin lepas, aku pi interview Maybank call center kat bukit jelutong. sebab aku punya experience, mereka tanya aku soalan2 cam takper ke aku mula dari bawah balik, gaji rendah etc. aku senyum jer jawab takpe. ikut hati, nak je aku jawab nak buat camner, saya nih lari tak laju, kalo tak sure dah rompak bank dah. kadang2, aku menyesal sebab aku berenti. bukan nak jilat ludah sendiri, tapi sebab aku berenti, semua org susah. demi famili, usahkan ludah, kahak pon aku jilat. tanggungjawab aku beb.
hari2 aku bangun pagi, blank. dah biasa bangun pagi. aku mesin kain, bagik makan kucing, check email kalau2 ada email tawaran kerja. ya Allah, bosannya hidup aku..aku bukan tanak pindah balik KL atau ikut bini aku kat Kuantan, tapi pada aku, aku nak pindah tempat yg aku kerja. aku, TAK SUKA hidup atas ihsan org lain. aku dah biasa tolong famili, so pada aku, hal2 tolong menolong nih pada bahu aku, bukan pada mereka. Ego ke tuh? aku pon tak tahu, tapi pada aku, aku yg seharusnya tolong famili aku tanggung jawab aku sebagai suami dan anak sulong.
Maybank tuh aku rasa, dlm 90% dapat. mereka pon aku tgk cukup suka pada aku. yelah, sapa tanak staff yg ada pengalaman, pernah manage dan establish 2 call centers, dibayar dgn gaji murah. nak buat mcmmana. better tahn nothing. aku nak kena kasik makan famili aku, bayar hutang. sapa nak bagik rm2.5k sekarang free2 oi. takder. ramai member2 tolong aku carik kerja, famili pon, aku appreciate. Allah je dapat balas jasa korang.tapi in the end of the day, it all depends on rezeki. Entahlah, hebat betul ujian Allah kali nih. aku harap aku berjaya ujian nih.
Abang Tajudin, mintak tolong aku main trombone utk exes punya performance tattoo bulan 5 nih. aku mmg nak main, tapi nak bagik komitmen nak datang practise tuh yg payah. aku nih, dah la takder kerja, jiwa pon kacau. nak main game pon takder mood. tuh kat rumah tuh. bayangkanlah kene datang V.I Dah lama aku tak datang tgk sekolah, tapi sejak Shapie Apdal tolong V.I dapatkan status Natural Heritage, ada la lega skit darik V.I terima nasib yg sama cam BBGS. Tapi, bangunan tak penting, school spirit yg penting. dan aku dah takder school spirit. banyak lagik benda2 yg lebih penting aku nak pikir.
Petang nih aku nak walk in interview kat Gian Tampoi, management trainee. tgk la mcmmana. doakan aku. until next time, itupon kalau aku ada duit nak bayar streamyx nih..hahaha!!!
1 comment:
Post a Comment