Saturday, December 19, 2009

Missing my wife badly in Jakarta


Dah seminggu aku dok sini. Rindu betul aku kat wife aku. Dah makan ke dia, dah minum ke, ada sakit2 kepala tak? Makan apa? Banyak sangat mender aku nak tanya dia. Tapi yelah, aku nih menumpang kat hotel nih. Tak berani aku nak lanyak telepon hotel nih. Mampos aku membayarnya kang. Dan bila rindu2 nih, aku akan buka playlist jiwang aku seperti di atas. Teringat time2 dating dulu. Isk aku tak dapat nak imagine hidup aku tanpa dia. Takut. Yang, rindunya abang kat ayang.

Sebelum aku pi Jakarta, aku ngan wife aku team parents aku ke Alor Setar, wedding sepupu aku. Bukan aku rapat sangat ngan sepupu aku, aku cuma nak temankan parents aku je. Dema dah tua. Jadik apa2 esok, menyesal tak sudah. Naik keretapi beb. Masyaallah seksanya. Aku mana tau kelas ekonomi seat dia kecik. Gondroi betul Sian bini aku tersepit. Sakit2 badan dia ke sana. So bila balik, aku dok atas lantai kat bontot gerabak. Lapan jam lebih aku duk bawah. Takpe,janji bini aku sihat walafiat. Sorry yang abang himpit ayang :( I will do something about my weight Insyallah.. :(

Selat Melaka...agaknyalah..
Ada nasi goreng daging sapi (lembu) ngan mie (ejaan Indonesia) goreng Jakarta, aku amik nasik.
Hari Ahad lepas aku bertolak ke Jakarta. Naik Garuda. Rezeki aku, org sebelah aku tak datang, so aku duduk dua seat la..selesa beb. Tak la aku kene mengecilkan diri aku. So makan pon agak selesa la. Flight aku dalam paper tulis 2 jam, tapi tak sampai pon. Cuma time landing, pilot dia bantai pusing, sampai naik cair taik telinga aku. Berpusing2 kat Airport Soeharto, runaway tak clear kot. Tapi alhamdulillah semua ok. Aku pon lama tak naik aircraft. Last sekali masa pi Singapore. Control takut beb..hehe. Time dia nak touchdown tuh, dapat rasa tayar dia terhentak. Overall aku selesa la, suma aku nak komen. Tali pinggang Garuda Airlines, tak cukup nak buckle org yang pinggangnya 55 inci. Eh bukan pengalaman aku, dengar2 org cerita je :p Flight aku pukul 1230 dari KLIA, sampai dlm pukul 1400.

Aku ngan Abang Atan, apahal la gambar nih kualitas mcm gampang!!

Aku mmg tak tau langsung pasal Jakarta nih. So aku follow je Abang Atan. Kat sini, teksi yang boleh pakai dan masuk akal tambangnya, cuma brand Silverbird. Pengemudi (drebar la) depa pon sopan. Tak kelentong. Menurut Abang Atan, kalau ada komplen 2 kali, kene buang kerja. So perjalanan kami sumer pakai Silverbird. Yang siutnya, ada jugak company lian tiru identitas Silverbird nih, seperti cat teksi kaler sama. Apa la. Kami menginap di Hotel Nikko, hotel Jepun. Sempit beb biliknya. Nak masuk bilik air pon aku kene mengiring. Yelah, orang Jepon kan kecik2. Tapi tak jugak kan, kalo yang masuk tuh mamat Sumo, amacam? So sampai je, aku letak beg.

Kelihatan baju jemaju batik utk famili aku..yang paling kiri tuh, dua2 utk wife aku.

Abang Atan ajak aku jalan, dia kata Tanah Abang best. Tanah Abang nih ada gedung jual baju, beg,yg murah. Benda2 yg bermotifkan Indonesia yang datang ke KL tuh dari sini la. Sampai10 kali ganda harga dia bila sampai KL. Aku beli baju utk wife aku, dan famili aku..aku? takder paper. Janji dema ada. Cukup la. Aku lupa nak cakap, aku datang sini amik advance tau. So belanja kene ingat2 beb. Takleh main henjut je. Untuk makan je, sebab nak counter claim nanti.


So, bila dah letih berjalan, kami pi Jalan Haji Agus. Ada restoran Garuda, nasik padang. Sekali duduk, terkejut aku, penuh meja dema tauk lauk. Konsep dia mudah, usik apa yg kaong nak makan je,tanak jgn usik, so dia takkan kira. Makan giler2 beb. Lapa punya pasal. Lepas tuh Abang Atan paksa aku berjalan pulak, exercize katanya. Pergh mcm nak tercabut lutut aku. So bila time makan, mmg hentam gile2. Hehehe. Bayarannya tong2.Balik hotel, rest betul2. Esoknya Senin, first roadshow kat Minamas HQ.

*************************************************************************************
Senin 14122009

PT Minamas Head Office, Jakarta.

Kelihatan Pak Wibowo yang metrosexual memberikan penerangan dgn selamba.

Sampai je aku ke office, Pak Kurnia dan Pak Wibowo sambut kami. So tak lengahkan masa, start la Roadshow, atau dalam bahasa Indonesianya, Sosialisasi. Sessi pertama selesai dgn mudah, sebab untuk managers. Senang depa paham.So mudah kerja aku. Pada aku, since Pak Wibowo tak dihujani banyak soalan, should be okay. So aku cuma catitkan apa concern2 yg enteng2 dari management. Dalam hari Senin tuh, ada 3 sessions, management, execs ngan non execs. Yang aku bengang, IT ngan Accenture. IT sekor pon takde, Accenture seperti biasa cuci tangan. Ah pi mamposlah, aku ngan Abang Atan pon boleh kontrol situasi.
So the next day, Selasa, lebih banyak sesi brainstorm untuk slide yang lain. Sebab next schedule, Sukamandang Estate, Kalimantan Tengah.

So hari Rabu, aku ngan Abang Atan bersiap2 ke Kalimantan Tengah, kali nih naik Riau Airlines. Budget plane pak. Landing kat Pengkalan Bun Airport. Dua je runaway dia. Lek je beb. Sampai je, ada supir datang amik nak Kijang (Toyota Innova) Oklah, aku don depan. Yang ikut, Pak Julfikar, Pak Atan, Pak Kurnia dan Pak Wibowo.
Ikan patin bakar, pergh best nak mampos.

Masa lalu pekan Pengkalan Bun tuh, bersih giler. Tak mcm Jakarta. Org2nya pon nampak relax je, tak la rushing mcm Jakarta. Hidup relax je. Sederhana. Pekan nih kecik, tapi banyak giler masjidnya.
Aku tgk je la. Tempat org kan, sapa la aku nak bising.Naik keter, dlm 150km kot, jalan kampung. Kat Kalimantan kan. Pergh, jalan dia, muat satu keter je beb. Nak buat camner, aku ok lagik. Sekali tetiba supir tuh below masuk ladang sawit..alamak..lagik 70km pakai jalan tanah merah dlm estate.

Aku rasa dah mcm naik kereta rally. Mmg cekap mamat supir tuh, siap Innova tuh panjat bukit. Tak sangka aku Innova tuh lasak gak erk. Minyak pun boleh tahan. Sampai2 je, budak2 trainee kat Sukamandang Estate tuh sambut. Pergh depa nih, mmg hospitable. Layan kita mcm raja. Siap bilik aku, lagik mewah dari hotel. Best giler. Tapi nyamuk banyak. Estate. Nak komplen hapa. So lepas mandi2, budak2 tuh tanya aku mcm mana estate kat Malaysia, adakah estet depa compareable ngan estate kat Malaysia. Aku cakap la, dont think about that. Just work with what you have and improvise. Terhangguk2 budak tuh dgr cakap aku. Aku harap dema paham la, bahasa indonesia aku teruk.
*************************************************************************************
Kamis 17122009
Sukamandang Estate and Training Centre, Kalimantan Tengah.
Mamat ketua Union tuh yg belah kiri sekali, yg tak button shirt dia tuh.

Ok session kali nih agak mencabar, sebab straight ngan kerani estate. Depa nih banyak soalan, banyak yg maut2 gak. Nasib baik Pak Wibowo ada, kalo tak mmg pusing beb. Yang paling banyak tanya, tentunya Pak Ketuo (ketua union, dia ingat dia macho lar) Tapi soalan banyak berdasarkan past operations, so Pak Wibowo la jawab. Tapi biasalah, dema nih skeptikel gak ngan GSC HR, so aku bangun la memberi penjelasan yang agak mampan dan mantop..hihihi



Abang Atan banyak jawab pasal IT. Yang best tuh,mula2 mamat Union tuh hentam GSC, tapi aku kata kat dia aku berterima kasih atas feedback dia, dan aku akan pastikan team Plantations tetap mantop di GSC..dia tepok tangan beb, so anak2 buah dia pon tepok la. Rasa nak nangis pon ada, sebab aku rasa puas hati aku berjaya turn the table 360 degrees. Dan selepas tuh, sessi bergambar seperti biasa..Alhamdulillah, another good wrap. Tak rugi boss aku hantar aku..hihihihhi!

Mission accomplished

So lepas je sessi tuh, kami kemas barang. Kena bertolak ke Pekan Pengkala Raya. Jauhnya 600+km, lebih 8 jam naik Innova. Kali nih driver lain. Naik kematu bontot aku naik keter. Jauh sangat. Jalan teruk, cuaca pon tak berapa bagus. Ada sekali tuh, lagik sikit nak bergeser dgn lori, kalo tak mmg masuk sungai beb. Alhamdulillah, Allah masih bagik aku bernafas untuk settlekan semua hutang piutang dan tambah amal sikit2 sebelum aku pergi. Time tuh, aku terbayang je muka wife aku. Rasa sayu je.Mmg dlm 8 jam, kali sampai ke Pengkala Raya, menginap di Hotel Aquarius.

Boleh la hotel nih, sementara kami nak transit balik Jakarta. Sebab bandar tuh dekat ngan airport.So skang nih, aku duduk bilik siapkan deck2 presentation ngan materials yang tak berapa nak siap lagik. Hari Senin nih ke Banjarmasin pulak, bahagian Sumatra. Flight esok Ahad, pukul 7 malam. Kali nih Pak Kurnia je ikut, Pak Bowo ke Kalimantan Barat. Pak Kurnia dah sound aku awal2, dia nak aku backup dia masa dia present kat sana nanti. Aku pon nak sambung kerja nih. Lepas nih nak tido..ada masa aku update lagik...zzzz....


No comments: