Sunday, May 10, 2009

status update

Skang nih aku kat KL, rumah parents aku. Tak ramai member yg tau aku dah balik KL, saja aku nak senyap dulu. Bukan apa, skang nih, priority aku, carik kerja dulu. Yg lain kemudian. Bukan nak buat sombing, aku nih jenis tak leh berfungsi kalau ada masalah dlm kepala.So skang nih aku ngan wife aku terpaksa settle dlm bilik lama aku, setup tv ps3 etc. Sian wife aku, aku tau betapa hebat cabaran duk ngan mertua, tapi demi aku, dia gagahkan jugak.Susah nak dapat org mcm dia nih, sabar ye yang, abang kerja nanti kita carik rumah sendirik. Duit EPF abang pon dah cukup nak beli rumah, ayang sabar skit yer. Sekarang nih abang dah terjatuh, abang perlukan masa nak merangkak, berdiri, berjalan dan berlari balik, terima kasih sebab ada jer belakang abang. I love u yang..

Hari tuh kucing aku Toro kene attack ngan kucing mak aku, Tam. Aku dah dukung Toro dah sebelum depa bergumpal, tapi Tam melompat dah gigit ekor Toro, Toro pon terkejut la, terus dia gigit tangan aku. Dalam gak Toro punya gigitan, berdarah meleleh la. Aku tak kisah, dia tak sengaja. Luka kat jari ibu, so tak dapat la main game dua tiga hari. Rajin bini aku cuci luka aku. I love u yang..

31st May nihVICC Band ada 100 years VICC Tattoo. Aku sebenarnya mmg nak main sangat utk exes punya performance, tapi sebabkan aku takleh kasik komitmen, aku tak dapat. Bukan apa, aku banyak benda dah lupa. Trombonist plak, cuma tinggal aku jer yg masih depa contact. Ok meh aku cuba ingat sesapa trombonist, Saiful Azrin = AWOL, Khairul Fahmi = awol, Chong Chia Liang = Awol, Shahriman = awol, Fazrel = awol, shahrizan = awol....tgk..semua mana tah. aku rasa terpanggil gak tapi apakan daya, dgn keadaan aku tak bekerja nih, susah la..jiwa kacau. mana nak concertrate. Aku tgk je la tattoo nih. Nak bawak kamera la. Harap2 lepas tattoo tuh exes ada jamming.

Insyallah dlm 2,3 hari nih aku ada interview kat Bank di atas. Jawatan corporate comm. Aku malas nak harap sangat, kalo tak dapat maleh nak sedih2. Ya Allah bantulah hambaMu ini. Sesungguhnya aku cuma nak menjalankan tanggungjawab aku kepada isteri dan keluargaku. Amin.
Wolverine Origins PS3.
I tried the demo, it rocks hard. It really feels like a Wolverine game, better than the movie IMO. But, I wish Raven can polish up the graphics next time, as it was a jagfest all around. But the gameplay, the mechanics are awesome. Definately getting it. If you like God of War, than this game is for you. I just love how you can decapacitate arms, legs etc.

Wednesday, April 29, 2009

AGHRRRRRRRRRRRRR!!!!

TENSIONNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 28, 2009

Langit nak runtuh ke?

Itu lah yg aku rasa. Tadik aku call la Mrs Yap tuh, tanya pasal kerja kat Impiana tuh, aku dah confident dapat, tetiba dia kata aku unsuccessful. Alasan dia? Dia kata dia nak carik org yg mmg exclusively handle HR before. Ya Allah, aku rasa mcm nak menangis time tuh. Suara aku tetiba jadik besar. Aku kena control beb. Adui. Ada aku call Cik Wazir follow up homestay kat Kuala Pilah tuh, dia kat Ipoh plak. Adui adui. Ya Allah, Kau tabahkanlah hati hambaMu yg hina nih. Seseungguhnya aku dah takdaya lagi dah. Tolong la kami suami isteri nak mencari rezeki halal.

Duit makin takder. Aku sampai terpaksa jual game aku. Aku jual Star Wars The force Unleashed, Ferrari Challenge, Soul Calibur 4 ngan Enchanted Arms. Mmg la ada yg aku tak main sangat, tapi nak beli bukan senang. Tapi aku mesti berkorban. Kalau tak kami anak beranak nak makan apa. Sesapa nak email aku yerk..atau tinggal je komen sini.
Bapak aku dah kata dia dah submit resume aku kat chairman Sime Darby, tgk kat situ pulak. Aku betul2 rasa putus asa. Susahnya nak carik rezeki halal. Aku bukannya nak merompak, tapi nak carik rezeki halal untuk family aku jer. Entahlah. Allah uji aku dgn benda nih sebab Dia tau aku boleh tahan, tapi sampai bila aku boleh tahan, Wallahualam.... Aku redha...

Wednesday, April 22, 2009

Pergi Interview, lagik

Tadik aku pi interview lagik, kat salah sebuah syarikat perhotelan terkemuka di negara. Aku mmg tak tau la apa dia punya post, tapi member bapak aku, tokey hotel tuh, suruh datang interview.So tgh malam semalam aku naik la bas pi KL. Mula-mula masa bapak aku tanya mamat tuh (Dato') sama ada kerja kosong kat tempat dia, dia kata takde. Lepas tuh selang 2,3 hari lepas bapak aku hand over resume aku kat dia, dia sruh PA dia call aku setup interview. Kata minah tuh, dia cuba call aku hari before that, tapi asyik tak dapat. apahal tah. Aku test phone aku elok jer. Tapi tak dinafikan mmg telepon aku tuh ada prob skit, kengkadang call takleh masuk, sms tak sampai. Entahlah. Tapi beria2 la dia nak call, aku..napa agaknya erk?

Tengah hari tadik aku pergi ke Menara apa tah aku lupa namanya. Aku masuk, lepas tuh aku kata la nak jumpa Mrs Yap, PA Dato tuh. Dia suruh aku duduk dulu. Lepas tuh dia kasik borang kat aku, suruh isik. Aku kata la jawatan apa yg ditawarkan nih. Minah tuh kata dia pon tak tau sebab dah lama takda org interview. Aku cuak gak. Lepas tuh Mrs Yap tuh datang jumpa aku, dia kata siap je aku isik borang, dia nak boran aku tuh personally. Aku segan plak nak tanya position apa yg available. Bell boy pon takper, dapat tips beb! Masyuk gak. Lpeas aku dah isi, aku bg la dia. Dia kata hold on ya my bosses are in a meeting. Aku dah kluar peluh jantan, position apa nih sampai yg kene interview aku tuh Regional Director ngan General Manager. Aku buat2 cool. Mana boleh gabra beb. Kool.

Lepas tuh depa panggil aku, aku jumpa dua org Melayu, sorang muda, agaknya tua skit dari aku la, sorang lagik pompuan tua, datin. Ada diorang bgtau nama, tapi aku lupa, hehe. Gabra. Lepas aku duduk, aku nampak borang aku. Tau apa yg trtulis situ?

Application for Post: Admin and Human Resource Country Manager.

Alamak. Giler kentang. nih payah nih beb. Tap aku seperti biasa, keep cool. Diorang tanya la pasal kerja aku kat Singapore, pengalaman aku, pasal job scope aku masa dulu, kenapa aku chow dari Vsource, kenapa aku blah dari Singapore. Pasal blah tuh, aku cakap jer aku kene retrench. Malas nak cerita panjang. Lpeas tuh mamat tuh tanya aku, boleh cakap arab? Aku kata sikit2, dia tanya lagik kat UIA dulu arab amik sampai buku berapa, la budak UIA rupanya. Small world. Akau terengih jer la. Lepas sessi suai kenal tuh, diorang open floor utk aku tanya soklan plak. Dah position mcm tuh, takkan aku nak tanya working hours ngan cuti berapa hari plak. Aku tanya apa job scope aku sebagai HR MANAGER. So Datin tuh pon terangkanlah pada aku. Aku menyampuk2 ilmiah la, kene kontrol beb. Berlakon kene gempak..muahaha. Lpeas tuh, aku tanya la adakah sektor perhotelan ngan perlancongan kene teruk sebab ekonomi skang nih..chewwah1!!! Mamat tuh plak terangkan pada aku, aku pon tambah2 la yg aku kata aku ada buat research sektor yg paling teruk effect adalah sektor kilang dan p[embuatan..hahahha..Jawatan mcm tuh, kena la tanya soklan global skit beb.

Sebelum aku blah, depa tanya aku, ada pakai kereta, aku kata ada, kereta apa, kereta proton, proton apa, proton wira, wirma yg mana, wira aeroback..haha banyak tanya plak datin nih. Lepas tuh dia tanya sama ada pasport aku idup lagik, aku kata ya. Dia kata pakai telepon model apa, aku tunjuk la telepon yg aku pinjam dari bini aku, Sony Ericcsson Walkman yg flip tuh. Dia tulis something kat borang aku. Erm...adakah..

Aku rasa, insyallah aku ada can nih. Sebab yg mai interview tuh aku sorang jer. Lepas tuh depa tanya aku soklan bonus, nak gaji berapa. Aku kata la aku tak kisah asalkan berp[adanan ngan pengalaman aku., Depa nak figure gak, so aku kata la dapat RM3500 pon aku dah happy. Depa angguk jer. Datin tuh tanya aku bila boleh start, aku kata sekarang dah pukul 4.30 Datin, esok saya boleh start. Depa ketawa, jadik punchline aku, hihihihi!

Ya Allah, dapat la naknya aku kerja nih. Aku nak sara rumah tangga aku, family aku. Aku rasa dah kusut masai sebab tak kerja nih. Duit kredit jer, debitnya takder. Oklah, sat lagik aku nak blah. Oh ya, plug umah aku short, so semua suis lampu out. Aku malas nak suruh maintanence repair sebab aku nak belah dah pon, nasib baik plug tv sumer ok. PC aku plak meletup, so aku surf pakai PS3 la. Sapa kata Ps3 punya Internet browser tak guna oi. Oklah, doakan ye kawan2. Aku niat nak sara famili aku jer. Amin..

Monday, April 13, 2009

manakah teman-teman??

aku pikir2 balik, cik wazir senyap je pasal kerja ari tuh. kerja dia lebih pada event management, aku kene la co ordinate clients punya event. di samping jaga sebuah homestay kat Kuala Pilah. dia suruh aku duduk sana, aku pon orait la, sebab free kan. tapi lepas meeting senyap je, takut gak aku.bukan apa, kerja dia lebih pada share. banyak dapat even, banyak la share. takperlah, dari takder duit. bini aku pon cakap,kalau buat betul2, mmg boleh kasik pecah la. tengok la mcm mana. kalau ada, mmg aku busy la nampaknya. nak main game pon tah tah tak sempat. lagik satu concern aku, rumah free tuh, cik wazir cakap ada anai2. alamak, buruk sgt ke? jgn la jamban kat luar, perit beb. betul2 perit. aku cukup benci jamban kat luar nih, kalo ye mmg ku gali lobang dalam rumah. tension siut. tempat tuh mcm resort dari apa yg bini aku baca, cantik la, ada waterfall sumer. tapi takkan nak melabur kat waterfall. kalo kene melabur pukul 3,4 pagi camner. tak ke haru.

aku ada gak apply kat tempat lain, tapi..entahlah. kalau nak ikutkan, aku mcm dah patah semangat. asyik rejected je. UIA pon reject, Maybank pon reject. Nak kata aku fresh, aku 5 years experience beb. adui. pening betul lah. Kadang2 aku pikir nak meniaga je. tapi aku tak nak susahkan sesapa. aku nak berdiri sendiri. tapi yelahkan, bila kita susah, yg tolong kita adalah famili kita. mana pergi kawan2 yg kita sesama kerja keras dulu. bukannya dia tak tau aku still takder kerja. dia bukan calang2 org, ada position dlm company baru kita. ada dlm facebook aku. tapi yelah, sapalah aku untuk ditolong. masa isap rokok kat bawah, aku takder. aku mana isap rokok. aku tak minum. aku tak hip, cuma team leader cabuk je.

takperlah, mcm kata mak aku, ada je rezeki tuh. Insyallah..

Sunday, April 5, 2009

Alhamdulillah


Rained heavily yesterday..

Semalam aku telephone head hunter yg offer aku interview kat Maybank Bukit Jelutong tuh, nak tanya la pasal kerja itu hari, mcmmana aku dapat tak. Sekali dia inform aku, yg aku GAGAL. What the Ef. Sebabnya, aku jujur sangat. Dia kata aku tulis yg aku ada hypertension dlm form aku. La...bapak tak logik alasan Maybank ni. Jujur pon salah, tak jujur pon salah. Aku serious cakap, time tuh, nak menitik air mata dah. Susahnya nak carik kerja skang nih. Apa la nasib, mana-mana pon kene reject. Ni semua bahana kegawatan ekonomi globak ciptaan Illuminati sial. Lepas tuh aku dgr bunyik telephone. Eh, aku angkat la, rupanya Cik Wazir, sepupu bapak aku. Dia tanya aku, sama ada aku carik kerja lagik. Aku jawab la fuck yeah (tak la sebut fuck, nak tambah drama jer :p). Dia kata, dia ada company, buat homestay and event management. Dia kata, kalau aku nak, dia nak aku kerja dengan dia, jaga homestay ngan even management tuh. Aku mula-mula, masuk area vakum gak, sebab aku takder pengalaman dlm budang management nih, especially property management. Tapi bila dipikir balik, family aku needs feeding, so aku kata yes je. Dia kata, kita kira bisnes anak beranak la. Insyallah, hari Selasa nih aku ke KL, jumpa dia tgk job scope ngan pakej gaji macammana. Aku rasa LEGA dan bersyukur sangat. Tu la, Allah maha kuasa. Baru la semangat skit...Alhamdulillah.


Toro ngan Kimi, kucing aku dah jadik cam anak beranak plak. Seronok kami laki bini tgk dema baik, yelah, Toro, walaupun besar, tapi dia tak buli kucing kecik. Cuma dia nih selalu horny la, aku tak salahkan dia. Nature dia. Nak buat mcmmana. Kimi plak mmg playful. Lompat sana lompat sini. Dia pon rasi dengan kami. Masa aku beli dulu, kurus giler siut, sekarang nih alhamdulillah dah berisi skit. Nampak la pertu dia dah buncit, tak la tulang temulang. Wife aku kata, semalam Toro ajar Kimi berak kat cat litter tuh, alahai sweet giler. Welcom to our famil Kimi.


Semalam aku beli barang kat Giant Tampoi ngan wife aku, nampak la 'BD' Wolverine, so aku beli la. Aku ada download, tapi nak tunggu siap, sempai la aku anak satu kot. Cerita kali nih pasal asal usul Wolverine. Berdasarkan komik Wolverine: Origins.

Ok. Aku dah baca komik dia, aku mmg baca Marvel sebelum nih. Pada aku, kalau korang tak pernah baca komik dia, mungkin cerita kali nih menghiburkan. Tapi pada aku, average je. Sebab jalan cerita dia dah jadik TV friendly, sebenarnya tone dia dark lagik dari movie. Lepas tuh ada beberapa plot byte yang agak mengarut, especially masa Wolverine volunteer nak masukkan adamantium dlm badan dia (dia tak pernah voluteer pon beb, dia kene tangkap, tu sebab dia mengamuk kat Alkali Lake) Anyways, cita ni oklah. Tapi utk org yg baca komik mcm aku, susah skit lah.

Ok Selasa nih aku nak ke KL nak tgk details dan job scope aku mcm mana. Stay tune and wish me luck.

Tuesday, March 31, 2009

aku di sini...tiada bekerja


pada sapa yg tak tau, ini adalah doa nabi Yunus semasa dia dlm perut ikan.maksudnya lebih kurang, Tiada Tuhan selain Kau (Allah) maha suci Engkau, sesungguhnya aku dari orang yg zalim. Doa bila kita dalam kesusahan.

dah genap 2 minggu aku kat sini..takder kerja..Ya Allah susahnya nak dapat kerja sekarang...aku pon..rasa mcm nak give up..berbagai tekanan yg aku hadapi..yg aku bengang kat company cam h5bc ngan konvergis (saya aku typokan) mula2 dah mcm interested ngan aku..alih2 tak jadik. sakit betul la. hutang semua delay sebulan. aku ada gak hantar borang ngan resume kat IKIP, UMP,UIA tapi senyap je. entahla, sat lagik aku nak call UIA tgk mcmmana. aku plan, nak amik tutoring sambil buat full time masters kat UIA. Aku admit, aku tak la suka sangat mengajar, tapi time mcm nih, i dont have that option.

hari Isnin lepas, aku pi interview Maybank call center kat bukit jelutong. sebab aku punya experience, mereka tanya aku soalan2 cam takper ke aku mula dari bawah balik, gaji rendah etc. aku senyum jer jawab takpe. ikut hati, nak je aku jawab nak buat camner, saya nih lari tak laju, kalo tak sure dah rompak bank dah. kadang2, aku menyesal sebab aku berenti. bukan nak jilat ludah sendiri, tapi sebab aku berenti, semua org susah. demi famili, usahkan ludah, kahak pon aku jilat. tanggungjawab aku beb.

hari2 aku bangun pagi, blank. dah biasa bangun pagi. aku mesin kain, bagik makan kucing, check email kalau2 ada email tawaran kerja. ya Allah, bosannya hidup aku..aku bukan tanak pindah balik KL atau ikut bini aku kat Kuantan, tapi pada aku, aku nak pindah tempat yg aku kerja. aku, TAK SUKA hidup atas ihsan org lain. aku dah biasa tolong famili, so pada aku, hal2 tolong menolong nih pada bahu aku, bukan pada mereka. Ego ke tuh? aku pon tak tahu, tapi pada aku, aku yg seharusnya tolong famili aku tanggung jawab aku sebagai suami dan anak sulong.

Maybank tuh aku rasa, dlm 90% dapat. mereka pon aku tgk cukup suka pada aku. yelah, sapa tanak staff yg ada pengalaman, pernah manage dan establish 2 call centers, dibayar dgn gaji murah. nak buat mcmmana. better tahn nothing. aku nak kena kasik makan famili aku, bayar hutang. sapa nak bagik rm2.5k sekarang free2 oi. takder. ramai member2 tolong aku carik kerja, famili pon, aku appreciate. Allah je dapat balas jasa korang.tapi in the end of the day, it all depends on rezeki. Entahlah, hebat betul ujian Allah kali nih. aku harap aku berjaya ujian nih.

Abang Tajudin, mintak tolong aku main trombone utk exes punya performance tattoo bulan 5 nih. aku mmg nak main, tapi nak bagik komitmen nak datang practise tuh yg payah. aku nih, dah la takder kerja, jiwa pon kacau. nak main game pon takder mood. tuh kat rumah tuh. bayangkanlah kene datang V.I Dah lama aku tak datang tgk sekolah, tapi sejak Shapie Apdal tolong V.I dapatkan status Natural Heritage, ada la lega skit darik V.I terima nasib yg sama cam BBGS. Tapi, bangunan tak penting, school spirit yg penting. dan aku dah takder school spirit. banyak lagik benda2 yg lebih penting aku nak pikir.

Petang nih aku nak walk in interview kat Gian Tampoi, management trainee. tgk la mcmmana. doakan aku. until next time, itupon kalau aku ada duit nak bayar streamyx nih..hahaha!!!