Sebentar lagi
Aku mahu jumpa Tuhan
Aku mahu bagitau Dia
Aku rindu
Lama sangat aku lupa Dia
Lama sangat aku lalai
Sebentar lagi
Aku mahu jumpa Tuhan
Yang Maha Baik
Maha Penyayang
Yang mengamanahkan Isteri dan Anak padaku
Yang aku lupakan
Yang aku terkhilaf
Yang aku ini berdosa
Sebentar lagi
Aku harap, Tuhan mahu jumpa aku
Mendengar rungutan aku
Melihat tangisan aku
Menerima sujud aku
Aku harap
Aku mati ketika sujud
Senang semua orang barangkali
Sebentar lagi
Akan aku susun langkah
Pelan-pelan aku berjalan
Sekejap-sekejap aku berhenti
Thursday, April 28, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment