Masa aku nak bercerai dulu, aku pertahankan rumah tangga aku dengan pelbagai cara dan usaha. Sampai, aku tak makan. Ya. Aku tak makan. At least not the heavy stuff. Aku takda selera. Aku masak je macam biasa untuk famili. Usually aku masak sambal, ayam goreng, daging etc. Buat je bekal untuk anak bini. But the thought of my wife leaving me, makes me wanna puke each time I wanna eat. So aku opt tu minum je. 5 bulan. 5 bulan aku pertahankan apa yang aku mampu sebelum dia decide untuk abandon marriage 2 dekad ni. So aku bukan saja hilang dia, aku hilang detailed below
Berat badan
Before : 165kg
Now : 130kg
Waistline
Before : 65 inch
Now : 53 inch
Segala seluar yang aku beli kat tiktok dan Shoppee previously tak muat, dah muat weh. Aku mcm serious lah. And ada member kata finally nampak balik leher aku hahaha. Aku perasan kesihatan aku pon banyak sangat improve. Itu tak exercise ye, aku cuma tak makan. So la ni, aku selalu2kan pi gym, layan threadmill for at least 6k steps setiap 2 hari, weight lifting etc. Aku mmg betul2 rasa segar.
Then, aku dah mula dekat pada Allah. Aku tahajud. Aku buat solat taubat. dan maybe korang kata cliche, tapi memang betul. Aku dapat rasa tenang. Aku la nih, doa pun pendek je lepas solat. Something mcm nih.
" Ya Allah kekasih hatiku, aku dan keluarga bersyukur atas segala nikmatMu, dari sebesar2 zarah sehingga yang sebesar2 perkara. Kau aturkanlah hidup aku dan anak2 sebaik-baiknya, kami redha pada aturanMu yang kami tahu terbaik untuk kami, cuma kami mohon ampunilah dosa kami, berjayakanlah cita-cita kami di dunia dan akhirat, amin"
Tak meleret-leret dah. Allah tau je apa kita nak. Cuma ye lah, kita kena selalu la bagi tau Dia. Dan selalu manja2 dengan Dia. Bgtau la pasal sakit hati kau, dada kau yg kengkadang sesak etc. Dia Maha Mendengar. dan aku mmg rasa masa aku merintih2 mengadu2 tu, Dia dengar setiap perkataan. In a way, itu we time. Allah and I. Haha.
Ngan ex wife, will kira aku nih nasib baik. We are in civil relationship sebab anak2 kan. So alhamdulillah. Aku yakin inilah aturan terbaik Allah untuk aku dan anak2.
Meanwhile aku dengan girlfriend still dalam process kenal2. Aku harap dapat settlekan dengan dia in 2 years time. Since dua2 kami still ada trauma, kami kena betul2 take time nak kenal masing2 dan aku sendiri kena repair financials aku. Doakanlah (macam la ada org baca blog aku nih HAHAHHAHAHA)
OK lah later. Aku nak sambung kerja.
No comments:
Post a Comment