Sunday, April 13, 2025

Rasa Nak Menulis Kembali

Last time aku update nih, 2016. Sekarang dah 2025. 9 years give or take. Macam-macam dah jadi. Boleh kata, aku kat Facebook pon dah malas menulis. Aku this year dah 45. Anak dan dua, 13 and 6. Dan aku dah 2 bulan menduda..single dad. Ya. Single dad. Selepas 20 tahun, isteri, la nih bekas isteri aku decided to call it quits. Alasan dia...dah tak sayang aku. Dah takda rasa. Tapi kami ok ja, on co parenting. Kami respect anak2 nak stay mana. And sebab ex aku mampu sewa bilik je, anak2 stay ngan aku. So aku takda la mcm nak gila sangat. Tapi mula2 tu mmg horror. Aku sampai depression. Rumah aku, ha mcm rumah org Jepun depression tu. Bersepah. Bila ex aku datang melawat anak2, bau perfume dia pun boleh buat aku menangis. Ya aku menangis. Aku sebenarnya berusaha nak selamtkan perkahwinan aku dah 5 bulan. Berat badan aku dari 160kg turun sampai 130kg. Pinggang dari 60 turun ke 53. That bad. Aku mmg tak makan basically. Masak utk famili je. Macam2 aku buat tapi menyakitkan hati je nak tulis kat sini as mengingatkan aku pada benda2 sia2 yg aku dah buat. Aku dekatkan diri pada Allah. Solat taubat, solat tahajud. semua lah. ada la sikkit tenang. sikit. Then aku mcm dah nak give up on life. Apa salah aku..sampai satu malam, aku doa pada Allah, 

"Ya Allah, kalau dia bukan untukku lagi, Kau cabutlah segala rasa cinta aku pada dia di hatiku ini. Tak daya dah aku nak bersedih macam ni. Aku ada lagik anak2 bergantung pada aku, mak bapak aku harapkan aku, aku tak boleh gagal. Kau cabut lah segala cinta aku padanya"

Dan lepas 2 hari, sunggoh2 Allah tarik semuanya. Mmg aku rasa numb. Takda rasa. Then aku gagahkan diri aku, aku mandi. Aku kemas rumah. Segala benda yang pada aku, aku tanak, aku BUANG. Took me 3 days untuk nampak balik lantai rumah aku. Anak2 terkejut but they were happy. Then aku, haha, register myself on a dating site.

Kerja, aku tak kat Pos dah. La nih aku kat airport. dah 8 tahun sini. So far aku happy la dengan benefits etc. Keluarga aku mmg depend pada benda tu. So the growth tu mcm stagnant, tapi yelah, kerja chill, flexible and benefits okay. So aku malas nak move. Dan aku tak jaga HR dah. Aku lebih pada communications la nih. So okay la kot. Dah umur2 aku nih, dah cecah 5 figures, with good benefits, dah takdak apa au nak kejar lah. 

Kat dating app tu, aku jumpa several women. Most of them unstable..tanya benda pelik2 mcm 'package size' etc. Aku tak tau if that is the new norm of online dating as aku dah lama tak dating, 20 years in fact. So several days before Ramadhan this year, I met this amazing lady. A single mother with 3 children. Personality dia, cara dia carry diri dia, cara dia layan aku..mmg wow. Pertama kali aku jumpa dia LIVE, 18th March 2025. Dia teringin nak makan Yong Tau Foo, so aku beranikan diri mintak location rumah dia untuk hantar yong tau foo tu kat dia..and the rest is history. Kali pertama aku nampak dia drive, Allahu aku terus jatuh cinta. Dia pulak bawak anak2 dia sekali masa tu, aku terus jatuh sayang pada depa gak. Aku memang target nak carik single mom. And paling best, anak2 aku approve of this relationship. So kami dating first time on the 22nd March kat Tony Romas Melawati Mall. We gave ourselves 2 years to prepare and get to know one another. So..yeah..that's me now. And she is 34...like 11 years younger than me. Yang aku tau, she makes me feel wanted and special. And dia seorang yang sangat baik. And now kami senang berkenal2 lah..whatsapp jiwang2, rindu2, bergayut telefon sampai 2 jam..ah indahnya nikmat bercinta. Aku akan prepare diri aku betul2 this time. I mean rumah aku kecik, 3 bilik. Combined, anak kami ada 5 org. 2 boys 3 girls. Kereta pun ASX je. Takpa, aku akan usaha. Allah akan bantu. Insya Allah. 

Game? erm. Now on PS5, baru keluar Monster Hunter Wilds. So mostly on that lah, and Gran Turismo 7. 

Okay, aku tak tau apa nak tulis lagik. Sampai sini je dulu . Ada senang aku update balik. Chiow. 

No comments: