Wednesday, April 22, 2009

Pergi Interview, lagik

Tadik aku pi interview lagik, kat salah sebuah syarikat perhotelan terkemuka di negara. Aku mmg tak tau la apa dia punya post, tapi member bapak aku, tokey hotel tuh, suruh datang interview.So tgh malam semalam aku naik la bas pi KL. Mula-mula masa bapak aku tanya mamat tuh (Dato') sama ada kerja kosong kat tempat dia, dia kata takde. Lepas tuh selang 2,3 hari lepas bapak aku hand over resume aku kat dia, dia sruh PA dia call aku setup interview. Kata minah tuh, dia cuba call aku hari before that, tapi asyik tak dapat. apahal tah. Aku test phone aku elok jer. Tapi tak dinafikan mmg telepon aku tuh ada prob skit, kengkadang call takleh masuk, sms tak sampai. Entahlah. Tapi beria2 la dia nak call, aku..napa agaknya erk?

Tengah hari tadik aku pergi ke Menara apa tah aku lupa namanya. Aku masuk, lepas tuh aku kata la nak jumpa Mrs Yap, PA Dato tuh. Dia suruh aku duduk dulu. Lepas tuh dia kasik borang kat aku, suruh isik. Aku kata la jawatan apa yg ditawarkan nih. Minah tuh kata dia pon tak tau sebab dah lama takda org interview. Aku cuak gak. Lepas tuh Mrs Yap tuh datang jumpa aku, dia kata siap je aku isik borang, dia nak boran aku tuh personally. Aku segan plak nak tanya position apa yg available. Bell boy pon takper, dapat tips beb! Masyuk gak. Lpeas aku dah isi, aku bg la dia. Dia kata hold on ya my bosses are in a meeting. Aku dah kluar peluh jantan, position apa nih sampai yg kene interview aku tuh Regional Director ngan General Manager. Aku buat2 cool. Mana boleh gabra beb. Kool.

Lepas tuh depa panggil aku, aku jumpa dua org Melayu, sorang muda, agaknya tua skit dari aku la, sorang lagik pompuan tua, datin. Ada diorang bgtau nama, tapi aku lupa, hehe. Gabra. Lepas aku duduk, aku nampak borang aku. Tau apa yg trtulis situ?

Application for Post: Admin and Human Resource Country Manager.

Alamak. Giler kentang. nih payah nih beb. Tap aku seperti biasa, keep cool. Diorang tanya la pasal kerja aku kat Singapore, pengalaman aku, pasal job scope aku masa dulu, kenapa aku chow dari Vsource, kenapa aku blah dari Singapore. Pasal blah tuh, aku cakap jer aku kene retrench. Malas nak cerita panjang. Lpeas tuh mamat tuh tanya aku, boleh cakap arab? Aku kata sikit2, dia tanya lagik kat UIA dulu arab amik sampai buku berapa, la budak UIA rupanya. Small world. Akau terengih jer la. Lepas sessi suai kenal tuh, diorang open floor utk aku tanya soklan plak. Dah position mcm tuh, takkan aku nak tanya working hours ngan cuti berapa hari plak. Aku tanya apa job scope aku sebagai HR MANAGER. So Datin tuh pon terangkanlah pada aku. Aku menyampuk2 ilmiah la, kene kontrol beb. Berlakon kene gempak..muahaha. Lpeas tuh, aku tanya la adakah sektor perhotelan ngan perlancongan kene teruk sebab ekonomi skang nih..chewwah1!!! Mamat tuh plak terangkan pada aku, aku pon tambah2 la yg aku kata aku ada buat research sektor yg paling teruk effect adalah sektor kilang dan p[embuatan..hahahha..Jawatan mcm tuh, kena la tanya soklan global skit beb.

Sebelum aku blah, depa tanya aku, ada pakai kereta, aku kata ada, kereta apa, kereta proton, proton apa, proton wira, wirma yg mana, wira aeroback..haha banyak tanya plak datin nih. Lepas tuh dia tanya sama ada pasport aku idup lagik, aku kata ya. Dia kata pakai telepon model apa, aku tunjuk la telepon yg aku pinjam dari bini aku, Sony Ericcsson Walkman yg flip tuh. Dia tulis something kat borang aku. Erm...adakah..

Aku rasa, insyallah aku ada can nih. Sebab yg mai interview tuh aku sorang jer. Lepas tuh depa tanya aku soklan bonus, nak gaji berapa. Aku kata la aku tak kisah asalkan berp[adanan ngan pengalaman aku., Depa nak figure gak, so aku kata la dapat RM3500 pon aku dah happy. Depa angguk jer. Datin tuh tanya aku bila boleh start, aku kata sekarang dah pukul 4.30 Datin, esok saya boleh start. Depa ketawa, jadik punchline aku, hihihihi!

Ya Allah, dapat la naknya aku kerja nih. Aku nak sara rumah tangga aku, family aku. Aku rasa dah kusut masai sebab tak kerja nih. Duit kredit jer, debitnya takder. Oklah, sat lagik aku nak blah. Oh ya, plug umah aku short, so semua suis lampu out. Aku malas nak suruh maintanence repair sebab aku nak belah dah pon, nasib baik plug tv sumer ok. PC aku plak meletup, so aku surf pakai PS3 la. Sapa kata Ps3 punya Internet browser tak guna oi. Oklah, doakan ye kawan2. Aku niat nak sara famili aku jer. Amin..

No comments: