Friday, November 7, 2008

Aku ke? Atau kau yang giler?

Kadang-kadang, aku pelik ngan perangai manusia nih. Yelah, kita nih semua ada tanggungjawab. Memang la member-member tak boleh lupa, tapi masalahnya, kita ada had. Macam aku, aku dah kawin, ada tanggungjawab kat rumah tangga aku. Tambah-tambah pulak aku anak takder lagik. Takkan lah aku asyik nak terbongkang ngan member2 macam org bujang? Nak lepak sekali sekala why not, tapi kalo ayik nak bertandang jer susah la beb.

Ada satu member (aku masih anggap dia member, tak tau la dia mcmmana kat aku), dulu nampak kat PSN aku message tak jawab, so apa kes? Dia online je tetiap hari. Then sejak aku tukar PSN Malaysia, aku add la PSN dia. Dia buat derk je? Allahuakbar. Kalau budak kecik aku paham la bai, ini dah bapak org. Dah nak masuk 40 tahun.
Aku serious la, nak memujuk jantan merajuk nih takder la. Pergi mampus. Lancau la. Tak kenang budi konon. Kawan sejati takder ungkit2 la benda2 nih. Aku pon ada tolong dia jugak.

Masa dia mengangur dulu, pada sapa dia lepaskan cerita2 sedey dia? Sejak dah kawan orang kaya nih, nafsu pon dah macam org kaya. Perangai pon mula la lain, jalan berkepak. Dol, aku dok JB la, kau dok KL. Kau pikir la. Kau ingat aku kerja cam kau ke? Aku kerja tiap2 hari kene tindas ngan cha ya nun alip yg bangsat2 nih tau. Tak pasal family aku, mmg dah lama dah aku lompat jambatan Second Link tu. Nasib baik bini ngan mak aku selalu bagi semangat.
Dulu masa aku kerja KL dulu, terumata masa aku bujang, selalu je lepak.

So apa? Aku dah kawin, tentu la aku ada tanggungjawab. Jangan nak samakan kau ngan aku, aku nak jadik suami yg baik, aku tak tau la kau. Itu masing2 punya cerita. Aku tak amik port. Lantak la kau nak buat apa. Inilah masalahnya manusia. Bila berilmu sikit, mula la riak. Pandang orang lain hina. Entah la dol, patut la member kita yang dok Setiawangsa tuh pun tak tahan lepak ngan kau. Kau bila org datang, kau nak orang layan kau macam raja. Oi, sedar la oi. Aku beli PS3 dari kau sebab nak support business member kau tau tak? Kau jual tuh sebenarnya mahal. Aku beli gak, nak support business member yang time tuh takder kerja. Itu kau kata aku tak kenang budi? Pergh lu pukir la sendiri.

Aku ingat lagi, kau cerita pasal pedanglah, pasal arwah guru kau la, masa tuh aku respek kau sebab banyak ilmu. Tapi perangai kau sekarang nih tak mcm org banyak ilmu. Terpulang la dol. Engkau lagik tua dari aku. Aku sedih la tgk member2 mcm nih.

Aku bagik sms Selamat Hari Raya pon kau tak balas. Pergh. Islam apa kau nih? Sesia je la kau tarekat sana tarekat sini, hublu minal muslimin pon tak boleh jaga. Terpulang la dol. Mungkin kau mmg suka kawan2 ngan org2 kaya, boleh belanja kau makan, ada HT setup, ada HDTV, ada BD burner, mungkin itu baru merit kawan bagi kau. Pada aku, kawan adalah seseorang yang aku kenal dan tolong aku semasa susah. Dan tahu tanggungjawab masing2 dlm dunia nih.

Kita nih dol, bukan setakat berhappy2 je kat dunia nih. Banyak tanggungjwab lain yang kita kene pikul.
Lepas nih kau nak tulis apa kat sig kau, terpulang la dol. Aku bukan pedulik pon. Yelah, aku bukan ada duit nak dulukan duit aku beli game kau. Lancau la. Apa2 yang kau buat lepas nih, sukati kau. Pada aku, kau tetap kawan aku. Kalau aku mati, aku harap kau ziarah la aku. Kalau kau mati, aku akan ziarah kau. Itu the least yg aku bleh buat, lain2 tuh..

No comments: